Friday, January 13, 2017

Write and forget 2

Hari ni seperti biasa aku akan teruskan 'rawatan'. kenangan yang akan aku tulis berkaitan percaya. kenapa dia org yg paling aku percaya? sebab dia tak pernah walaupun sekali menipu aku. kejujuran fia walaupun terkadang melukakan hati aku, tapi aku sedar, lebih baik aku tahu kebenaran daripada pembohongan. waktu kami dalam perjalanan pulang dari rumah 'bakal mertua tak jadi' aku, aku perasan perubahan ketara dia. dia drive dengan muka serius sedangkan selalunya mulut dia tak brenti bercakap itu ini. aku tanya dia "mk ayah awak suka saya tak?"
lama dia diam. lepas tu baru dia cakap "mak saya suruh saya cari orang lain. orang kelantan." daripada layanan family dia, sbnarnye aku dah dpt agak. cuma aku tak expect dia akan sejujur tu dengan aku.
lagi, birthday aku. dia selalu lupa. bila aku mengamok, boleh pulak dia jujur ckp terlupa. at least jagalah hati skit. bglah alasan lain except for lupa..
yg paling xbleh blah, dia bleh jujur ckp yg moto bsar yg dia guna tu janda muda yg satu skolah dgn dia bg dia guna. alasannye tu moto kesayangan arwah hubby dia, klw xguna akan rosak. mmg panas.. makinlah rse insecure. dah lah kite jauh dr dia. tahap jujur dia, sampai dia bg aku bace semua surat2 yg dia dpt dr student dia. ipad and nset dia dia bg aku pegang. alasannye beg aku bsar. aku pnah terfikir nak 'selongkar' ipad n nset dia memandangkan aku tahu paswordnye. tp bile di fikir balik, dia tanpa ragu2 bg aku pegang ipad n nset dia sdgkn dia tahu aku tahu passwordnye. itu dah ckup buat aku pcaye dia.*aku tulis sambil senyum. ini kenangan manis buat aku*
cuma satu hal dia tipu aku. dia janji takkan tinggalkan aku walaupun family dia tak suka aku. dia janji takkan bputus asa utk pujuk family dia. akhirnya dia tinggalkan aku. dia mungkir janji.

**satu lagi kenangan ditinggalkan di sini
kenangan utk dilupakan.
#PS

Mimpi Yang Panjang

Rasanya terlalu lama tak menulis. Sejak hilangnya dia dari hidup aku, fikiran aku jd tumpul. tahun berlalu.. tapi luka tetap belum sembuh. seperti mimpi yang panjang cerita aku dengan dia tapi aku yakin aku tdk bermimpi. kami jumpa sejak alam persekolahan, hampir bertunang dan dia hilang. segalanya mcm tak pernah berlaku. dia seolah2 tak pernah wujud langsung. tapi ingatan aku takkan pernah berbohong. dia pernah wujud dalam hdup aku. 8 tahun. ya. agak lama. kerana itulah lukanya agak dalam.
okay, aku akan mulakan rawatan utk hati sendiri. rawatan yang dinamakan 'write and forget'. aku akan tulis dekat sini setiap kali aku teringat tentang dia. dan aku harap, lepas aku tulis, aku akan lupakannya. aku yakin, aku mampu buang satu demi satu cebisan kenangan yang ada dalam ingatan aku.
hari ini..ingatan yang terlintas adalah waktu skype dengan dia ogos 2015. waktu tu aku baru balik dari biotech institute. seperti biasa, aku akan cerita every single thing yang jd pade hari tersebut dan dia akan dengar. dan macam biasa, topik hot. En Hazim. ape bleh buat, dpt co SV yg strict. salah ambik chemical kne marah, buat analysis lambat kne marah. tp dia baik. sanggup ambik dan hntar aku. dia fokus dengan semua cerita aku tentang en hazim walaupun aku rase agak membosankn sbb topik same hari2. tp bila aku bgtau yang en hazim ambik dan hantar aku, facial expression dia...hahaha aku tak boleh lupa. itulah firat time dia tunjukkan perasaan sebenar dia. selama kami kenal, dia tak pernah tunjuk kalau dia jeles atau ape. dlu2 slalu uji dia sebab nk tengok dia jeles atau tak. org kate klw jelez tu tandanye sayang. tapi dia tak pernah tunjuk. buat muka beku dia je. hari yang dia tahu en hazim ambik dan hantar aku, tiba-tiba dia suruh tumpang kwn2 yang lain. mana boleh. sbb aku sorang praktikal dekat biotech institute, yg lain dekat mardi. muka tak puas hati dia tu kekal sampai keesokan harinya. walaupun dia dh xde dgn aku, at least aku dpt tahu dia pun pandai cemburu. dlu.. dia slalu ckp 'jarak dan masa pisahkn saya dgn awk. bertahan utk setahun dua lagi ya.'
bila aku ingat balik kata2 dia..aku bayangkn dia dekat dgn aku. berada betul2 sebelah aku. tak ada lagi jarak dan masa. tapi semua tu cuma imaginasi semata2. hakikatnya aku sendiri. dia dah tak ada lagi.
satu ingatan aku tinggalkan dekat sini.
#PS